Visi, misi & amanat

Hala tuju Huffaz Group dan amanat Pengerusi Eksekutif.

Visi

Menjadi peneraju global dalam penyelidikan dan penerbitan al-Quran.

Menawarkan solusi tempahan al-Quran yang mematuhi keaslian dan memenuhi keperluan individu pelanggan.

Misi

  1. 01

    Penyelidikan mendalam

    Melakukan penyelidikan menyeluruh untuk memastikan setiap aspek al-Quran yang diterbitkan tepat.

  2. 02

    Penerbitan berkualiti

    Menyediakan penerbitan teks diperakui dengan reka bentuk yang memenuhi kehendak pelanggan.

  3. 03

    Konsultasi peribadi

    Memberikan khidmat rundingan mendalam bagi memastikan hasil pembangunan al-Quran memuaskan.

  4. 04

    Pembangunan berterusan

    Sentiasa mengkaji dan meningkatkan standard kualiti demi mengekalkan relevansi syarikat.

Prof. Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin
Prof. Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus Wan KhairuldinPengerusi Eksekutif

Amanat Pengerusi Eksekutif

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala limpahan rahmat-Nya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung Huffaz Group Enterprise. Huffaz Group Enterprise ialah sebuah syarikat Bumiputera yang memberi fokus kepada kerja-kerja penyelidikan dan penerbitan Al-Quran. Pihak kami juga turut terlibat dengan servis percetakan al-Quran serta penerbitan bahan al-Quran dan agama.

Dengan pengalaman lebih 4 tahun syarikat dalam mengendalikan pelbagai projek penerbitan al-Quran secara tempahan khas oleh beberapa organisasi seperti Yayasan As-Sofa, Yayasan RI (Rizalman Ibrahim) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) serta memperoleh rekod dan pencapaian yang baik, pihak kami yakin dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan. Saya berharap Huffaz Group dapat melangkah lebih jauh demi membantu ramai lagi masyarakat mendalami serta menghayati al-Quran dan ilmunya dalam kehidupan seharian.

Bakul pertanyaan

Bakul ini menyediakan draf WhatsApp. Tiada pembayaran dibuat di laman ini; pasukan kami akan sahkan stok dan harga akhir.

AnggaranRM0
Hantar pertanyaan di WhatsApp