Tempahan khas

Warna, saiz, nama institusi dan isi mushaf ditetapkan ikut keperluan anda. Antara pelanggan kami: Yayasan As-Sofa, Yayasan RI dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Setiap naskhah disemak Lajnah Tashih Al-Quran KDN. Lebih 10 naskhah telah kami terbitkan bersama 18 institusi & organisasi, sejak 2020 sebagai syarikat spin-off UniSZA.

Mushaf Tabung Haji
Mushaf Tabung Haji
Mushaf Al-Hafiz UniSZA
Mushaf Al-Hafiz UniSZA
Mushaf Waqaf dan Ibtida'
Mushaf Waqaf dan Ibtida'
Mushaf Al-Huffaz
Mushaf Al-Huffaz

Antara mushaf yang telah kami bangunkan bersama institusi.

Apa yang boleh ditempah

  • Reka bentuk kulit & warna

    Pilih warna kulit sedia ada atau reka bentuk kulit sendiri untuk institusi anda.

  • Nama atau logo di kulit

    Nama institusi, logo atau edisi khas pada kulit mushaf.

  • Sisipan khas

    Penyelidikan dan penyediaan sisipan mengikut tema atau keperluan program anda.

  • Saiz, kertas & kemasan

    A4, B5, A5 atau A6; hardcover atau softcover.

  • Susun atur

    Konsep dan susun atur halaman dibincang bersama anda.

  • Prosedur KDN

    Bimbingan prosedur penerbitan al-Quran dengan Kementerian Dalam Negeri.

Cara tempahan

  1. Beritahu kami

    Isi borang di bawah atau WhatsApp kami: mushaf asas, kuantiti dan apa yang ingin diubah.

  2. Konsultasi & sebut harga

    Kami cadangkan pilihan dan sediakan sebut harga.

  3. Reka bentuk & semakan

    Reka bentuk disediakan dan disemak bersama anda sebelum dicetak.

  4. Cetak & hantar

    Mushaf dicetak dan dihantar ke destinasi anda.

Naskhah tempahan khas MUIS siap dicetak

Proses penerbitan

  1. 01

    Tashih

    Teks disemak oleh Lajnah Tashih Al-Quran KDN sebelum dicetak.

  2. 02

    Reka bentuk & iluminasi

    Kulit, bingkai halaman dan hiasan direka oleh pasukan kami.

  3. 03

    Cetakan offset 4 warna

    Dicetak offset empat warna supaya warna tajwid tepat.

  4. 04

    Jilid jahit benang

    Dijahit benang (thread sewing) supaya tahan lama dan terbuka rata.

Hantar pertanyaan

Butiran tak perlu lengkap. Kami hubungi anda untuk berbincang.

Dipercayai institusi & organisasi

  • UniSZA
  • Tabung Haji
  • Yayasan As-Sofa
  • Yayasan Taqwa
  • JAIM
  • MUIS
  • JPINT
  • YPM
  • Kedah
  • Rezeki Infaq
  • Enuur
  • Azdan
  • Yayasan RI
  • Qari
  • PNA
  • Al-Azhar Care
  • IMITS
  • DUAT

Bakul pertanyaan

Bakul ini menyediakan draf WhatsApp. Tiada pembayaran dibuat di laman ini; pasukan kami akan sahkan stok dan harga akhir.

AnggaranRM0
Hantar pertanyaan di WhatsApp