Pembangunan Al-Quran
1

Penyemakan Manuskrip (Tashih)

Fasa penyemakan yang kritikal di bawah mandat Lajnah Tasheh Al-Quran KDN, di mana setiap aksara dan baris diteliti tanpa kompromi demi memelihara kesucian dan integriti teks.

2

Rekaan Grafik & Iluminasi

Sentuhan estetika iluminasi kami diilhamkan daripada seni bina Islamik Nusantara, dizahirkan secara eksklusif bagi membangkitkan ketenangan visual dan keanggunan.

3

Percetakan Teknologi Offset

Memanfaatkan sistem percetakan empat warna berteknologi tinggi bagi menjamin kejituan serta ketajaman skema pewarnaan tajwid yang sempurna dan konsisten.

4

Jilid & Kemasan Akhir

Setiap naskhah dijilid rapi menggunakan teknik 'thread sewing' berkualiti tinggi, memberikan ketahanan maksimum serta keselesaan pembacaan secara rata (flat-open).

Kepakaran Kami

Pembangunan Al-Quran Bertema

  • Konsultasi pembinaan konsep eksklusif.
  • Reka bentuk grafik tema, kulit, dan iluminasi teks.
  • Penyelidikan sisipan kandungan Al-Quran bertema.
  • Bimbingan prosedur penerbitan sah di bawah KDN.

Percetakan Al-Quran Huffaz

  • 10+ pilihan naskhah sedia ada (Lulus KDN).
  • Tukaran reka bentuk kulit mengikut citarasa korporat.
  • Pilihan kertas kualiti premium dan kemasan (finishing).
  • Konsultasi prosedur tukaran reka bentuk dengan KDN.
Penerbitan Bahan Agama

Pembangunan Modul & Buku

  • Buku Cilik Celik Ibadat & Modul Al-Mukhtarah.
  • Modul Profesionalisme Daie Al-Quran.
  • Modul Hafazan Syafawi & Tahriri.
  • Buku Diari Cilik & Buku Mari Solat.

Pemurnian Iqra & Muqaddam

  • Pembaharuan susunan tajwid iqra dan muqaddam.
  • Reka bentuk semula isi kandungan lebih moden.
  • Bantuan khidmat kelulusan permit KDN.

Penyalinan Kitab Jawi Klasik

  • Menyalin semula teks asal kitab jawi lama.
  • Semakan pakar bidang untuk ketepatan ilmiah.
  • Pemurnian semula teks jawi agar mudah dibaca.
  • Melestarikan khazanah ilmu klasik Nusantara.